Skip to main content

Bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah....

Bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.... (Perkongsian dari pengalaman sendiri)

Tidak ada susu yang lebih baik untuk bayi anda daripada susu ibu. Oleh itu, ibu-ibu digalak terus menyusukan bayi sepenuhnya walaupun terpaksa bekerja semula selepas habis berpantang. 

1. Bagaimana anda mengepam ??!

Semasa di pejabat.
  • Momma menggunakan kaedah "double pumping"So dalam sehari 3x pumping di office MESTI. Terbabas macam maner pun kena ganti semula.
Inilah best friend momma... 
ke hulu kehilir kami sentiasa bersama. 
Tak kira jika momma outstation mahupun balik kampung, mesti tak tinggal punyer. 
Dia lah Ameda - Lactaline Dual Breastpump. 
  • Jadual pumping momma di pejabat biasa bermula @ 10.30-11am , @ 2.30-3pm  dan @ 5.30-6pm. Kebiasaan nye momma akan berjemaah pumping. Rutin ini membuatkan kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Maklum ler kekadang leka buat kerja sampai terlepas waktu mengepam.
  • Kalau dahulu momma pumping di surau, kini tidak lagi. Alhamdulillah kami berjaya memohon bilik penyusuan di pejabat. Ketika nih ada 4 ibu yang ekslusif pumping di pejabat dan 3 lagi ibu yang akan menjejaki langkah kami.  InsyaAllah.
Ni pot mengepam momma... 
yang hujung skali tuh...ada nampak bag penyusuan momma??
  • Sebelum sesi pump bermula, momma akan pastikan mata momma ke dinding bilik penyusuan kami. Nak tau mengapa?? Di situ ada ditampal Doa & zikir untuk menyusu.  
  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari
  • Berdoa - Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 
  • Lebih menarik doa dan zikir tu hasil tangan momma dan anak kesayangan. Tak percaya jemput lihat entry di sini.
Tadaaaa... 
DOA  dan ZIKIR untuk penyusuan
  • Selesai mengepam, Momma akan labelkan dulu susu yang sudah diperah dengan tarikh & masa momma mengepam. Ini penting yer. Momma menggunakan masking tape sebab bila  membuat penyimpanan dalam storage bag momma tak perlu lagi untuk membuat label baru. So jimat masa & kos. 

 Label - tarikh dan masa
  • Susu yang sudah dilabelkan akan disimpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama ice pack. Kebiasaannya, hasil penyusuan di 3x di pejabat momma dapat dalam 18-22 oz. Alhamdulillah. Thank you to Allah atas rezeki yang dikurniakan. 

Ini cooler bag momma cum sumber inspirasi di kala mengepam. 
Gambar anak-anak... Sangat ler penting untuk merangsang mood pumping & stimulasi semasa pumping. 
  •  Selesai mengepam & menyimpan, tibalah waktu untuk membersihkan pump yang telah digunkan. Kelebihan Ameda - Lactaline Dual Breastpump adalah tidak banyak parts yang perlu dicuci. Hanya perlu menyuci corong pump dan diagfram pump. Ini sangat ler menjimatkan masa. Siap mencuci bagai, semuanya sedia disimpan di dalam bag penyusuan semula. Mudah kan. 
macam-macam boleh sumbat tau dalam bag nih...
 
***
Semasa di rumah...
  • Apabila di rumah momma lebih gemar menggunakan kaedah tendum pumping - sebelah payudara bagi baby menyusu, sebelah lagi pump.  Kebiasaannya hasil perahan momma dalam 5 oz. 
  • Biasanya sebelum ke pejabat, momma mesti pump 1x. Sejak mula kerja judual pumping kul 3.30am amat susah momma nak follow sebab dah menyusu baring selalu terlelap skali dengan baby.
  • Pulang dari pejabat, malamnya momma juga akan pastikan momma tendum pumping 1x before menyusu lil Dzakirah untuk tidur. So total 1 hari momma akan pumping 4-5 kali.
  • Pernah juga momma menggunakan Teknik Marmet - Teknik memerah menggunakan tangan. Ini berlaku bila momma tertinggal corong pump di pejabat. Teknik ni memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Bayangkan momma amik masa dalam 15 minit untuk setiap breast... so total 30 minit. Lenguh gak kepala ni menunduk. Tapi alhamdulillah hasilnya... tadaa. Entry penuh disini.
 
 5oz... ok la kan untuk beginner Teknik Marmet cam momma ni
  • Susu yang sudah diperah kemudian akan dilabel dan disimpan dibahagian bawah peti sejuk.
  • Semasa pulang bermalam di rumah emak, pernah momma terlupa bawa cooler bag dan ice pack. Cuak ler juga. Macam maner nak bawa EBM momma nanti. Nasib baik hubby ada idea. Seeloknya jangan kasi beku EBM tuh sebab mudah untuk bawa travel balik. kalo beku takut cair. Tapi kalo stay lebih dari 3 hari kene la buat beku yer. Seelok-eloknya drive terus balik rumah jangan singgah-singgah.
Step 1 : Anda perlukan ice yang banyak dan bekas termos makanan (ala yg utk tahan panas tuh..). Lepas tuh Masukkan ice dan EBM dlm bekas. Susun secara berselang seli dengan ice

Step 2 : Pastu penuhkan ice secukup rasa di atas skali bekas tuh


 Step 3 : Lepas tu tabur garam kat ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dalam perjalanan


 Step 4 : Last skali jangan lupa tutup bekas tuh dan angkut skali masuk kereta.


 ***

2. Bagaimana uruskan susu ibu perahan

Susu perahan dari pejabat /  di rumah... 
  • Apabila pulang dari pejabat, momma akan pindahkan susu perahan dari cooler bag ke peti sejuk bahagaian bawah dan beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah peti sejuk akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok. Kebiasaan nyer momma akan bagi 1-2 botol.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu. Kebiasaannya susu perahan yang dalam botol akan dipindahkan ke dalam storage bag dahulu sebelum disimpan.
 Susu perahan semasa dalam pantang di bahagian sejuk beku.  
Momma mulakan simpan stok selepas 7 hari berpantang (April 10')

  Fridge berjaya ditawan (in June 10')
bahagian sejuk beku peti sejuk 2 pintu
  • Setiap hujung minggu momma akan pindahkan hasil perahan dibahagian beku ke dalam freezer.

 Alhamdulillah berjaya memiliki chest freezer ni
Penyimpanan susu perahan tiada masalah tempat lagi...

 Stok-stok yang telah disusun semula (in Aug 10')


***
Jom sharing and caring 
tentang pengalaman penyusuan anda

Comments

momma mia
ameda laactine tu klu nak service akt mana yer>?
daku pinjam boss punyer n spring dia terkuar sikit time pumping tu.
huuuuuuuuuuu...
boss aku pun cam blurr bile bgthu

seb baik dia nak amik spectra.
ngeh ngeh ngeh.
kena service,karang nak pulang balik.
hope dpt mengikut jejak kak alin utk 2nd baby ni...
myheart said…
salam, nak tanye beg yg besa tu beg ape yea..cam best je nak letak spectra 3 dalam tu...muat tak ek
FAD RMLN said…
cemburunye saya tengok stok ebm penuh peti ais.
alinalan said…
@ Sidratul Muntaha - Service boleh buat kat Setapak. Alamat dia
No. 19-1, 1st Floor, Jln 45A/26, Rampai town centre setapak, KL.
Tel : 03-414 90618

Baiknya bos kasi pinjam itu pump. Bertuah badan.
alinalan said…
@ Ash Anas - InsyaAllah. Shira ibu yang hebat pasti boleh. Perjalan kak alin utk 2 tahun ni pun masih jauh lagi. Baru berjaya untuk 6 bulan. Doa-doakan semoga dipermudahkan ek.
alinalan said…
@ my heart - Bag besar tu beg mandela. me beli preloved from my fern yg beli pump baru. so dia jual la.

Rasa specta cam muat cuma cooler bag kene tengok cane la.
alinalan said…
@ Fadeadsy - Mekaceh cemburu. Semoga dapat menyuntik sedikit semangat untuk terus berusaha & berusaha untuk mengumpul stok yg berkualiti utk yg tersayang.
memandang daku mmg bangsa pemalas
pum time tghari n balik jer.
pum tghari simpan kat pantry deprt opis.
pastu nak balik kuar n ltk dlm bekas lain yg daku beli ais kat kafe.
buh garam jugak kdg2.
tapi tak sempat nak buh sebab yg tdi dah beku,pkl 6 lebih dah smpai umah trus msuk peti ais.
huuuuuuuuu..
boss mmg baekk..
alhamdulillah.
beliau jugak ibu susuan yg tegar untuk ank beliau.
SSulieana said…
salam mamamia...best jumpa blog ni...sdg mengumpul ilmu BF utk my 2nd baby...sy link blog ni ye...tq!
Fiez Kejora said…
momma...nk tanye,botol2 n plastik utk simpan susu yg diperah,momma prefer beli yg jenis camne n katner biase leh dpt?sy dh xlame nk bersalin ni...ade 5mggu lg nk delivered...terja nk breastfeed baby n perah susu sendiri...
alinalan said…
@ Sidratul Muntaha - huhu ok la tuh. Bertuah badan dpt bos yg baik. My bos also pengepam tegar kat opis.
alinalan said…
@ Fie kejore - Me dah komen kat ur blog. btw, tahniah sbb akan jadi mummy & dan pasang niat tuk BF ur baby. Semoga dipermudahkan segalanya.
alinalan said…
@ Ssulienna - Thanks sis. semasa kita sharing & caring ek. Tahniah nak dpt baby.
Little BlueBird said…
BESTNYER................Aku pun cemburu....jeles......kui..kui..kui.....Ameda ok ker...Hari tu try kat enjoybreastfeed..suction macam kuat sket..tot nak beli........
ummi said…
momma!
sodih kite,ri2 blk penang tertinggal cooler beg,tpakse buang 7oz susu.xbwk cooler beg..huhuhu..
tgk entri ni br tpk,rs nk ketuk2 je kepala..
dzakirah da stat solid ke momma?
Inspired me to continue bf for my 2nd baby.. Kagumnya tgk EBM dlm fridge tu......
alinalan said…
@ litle tots - Me rasa Ameda dah cukup OK. Suction tuh u bleh adjust tau. Ikut maner yg u suka. Me so far tak pernah pakai full lg tapi dah lebih dr 1/2 la juga. memula je pakai slow2 lelama no problem.

Semoga membuat pilihan yg tepat
alinalan said…
@ ummi - Takpe la ummi mungkin bukan rezeki baby. Next tima dah tahu apa nak buat kan bila terlupa cooler bag.

Lil Dzakirah dah solid food cuma tak fully lagi. Bubur nasi masih tak mau sgt. light2 cam biskut tuh so far ok.
alinalan said…
@ Liza - U pasti boleh liza. InsyaAllah. Seoga dipermudahkan utk menyusu ur 2nd baby. Amin!
Nur Salwa said…
wahhh tbaik ar momma mia punya entry nie.. patut pun bleh menang.. best btul ar tgk suasana bilik mengepam.. kan best klau opis salwa pun ader bilik mcm tue..
tahniah k menang peraduan dr Dunia Susu Ibu..
alinalan said…
@nursalwa - Thanks Salwa. sharing is caring... caring is loving kan... semoga semua ibu2 passion utk menyusukan anak2 mereka juga!!
AQisH said…
subhanallah..akak sangat kagum dgn kecekalan kamu ni..akak ni agak terlewat nak wat stok dlm pantang..dah stat keje..2 bln dah..2 mggu sebelum keje baru buat stok..ada takat utk seminggu jer :( tapi masih syukur selama 2 bln keje ni x penah lg baby diberi susu formula..alhamdulillah masih cukup stok..

tahniah momma mia..teruskan usaha kamu ;)
Unknown said…
momma mia,
nak tannye la..mana nak cari chest freezer tu? brape ek harga die..dah lama dok cari2 tp takat ni tak jumpa lagi..ada jumpa tp yang besar saiz labscale.. thanks
this is my email: suwmohamed@yahoo.com
noorul.aish said…
salam, leh tanye..

kalo kat ofis, setiap kali lepas guna pump kne cuci ker pump tuu?? maksud nye kalo pump 3x kat ofis, 3x kne cuci ker??
alinalan said…
utk noorul...
YES. Mesti kene cuci, kalo tak nnti sisa2 susu berkerak plak kat pump. balik umah kalo bleh sterilise plak pump tu dgn air panas tuk buang kuman2 yg tak nampak.
alinalan said…
suw,
chest freezer tu beli kat Onking. brand Elba. Harga dlm rm1200
Momma Mia, Liza datang jenguk laie entry ni, nak tgk brand dual pump to. Survey fr myself and my SIL.. :)
Unknown said…
terima kasih info,saya tak de pengalaman simpan stok utk bf,dari anak 1 hingga 3 tidak bekerja anak ke4 bekerja lak itu yg kena cari ifo bebyk,terima kasih ya saya share dlm blog saya lak.....
Unknown said…
salam..sis..info sgt berguna dr
awal hingga akhir..
sy xbiase simpan stok mcm tu..
ank dah sthun 3bln..
sempat lagi x nk buat mcm ni ek..huhuu..
nk minta share ke blog
sy My LuRve Iman boleh?..tq
flizzy86 said…
Sgt2 mmberi inspirasi!
Ellafifi said…
Bestnya tengok susu banyak. Saya sedang mengumpul semangat nak beri baby bf bila lahir nanti. Skrg tengah sibuk mencari pam susu yg bagus. Tp tak tau nak beli yg mana satu. Ecxited sgt ni nak bg baby bf.
Nak beli bottle strilizer n steamer juga.
Boleh bantu sy nak beli yg mana satu....
azah ismail said…
milk storage bag tu brand ape ye? berapa size nye?