8
info taken from blog Ann... jom layan.

gambar from goggle

Fadhilat Bercium dari Perspektif Kesihatan


Ahli perubatan mendapati bahwa bercium itu baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok, tenang dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan untuk melawan pelbagai penyakit. Keistimewaan dan kelebihan bercium :
  • Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 degupan jantung seminit.
  • Setelah berciuman, paru-paru akan bekerja lebih keras. Tarikan nafas selepas bercium adalah kira-kira 60 seminit (nafas normal hanya 20 kali seminit.)  Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  • Sesetengah doktor gigi percaya, bahawa bercium dapat mencegah  gigi daripada mudah berlubang.  Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mananya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  • Proses ciuman yang berlaku melebihi 3 minit membantu seseorang menghadapi tekanan hidup atau melawan stress. Bercium dalam waktu yang lama boleh menghindari hormon penyebab tekanan atau stress.

lagi... 
kelebihan berciuman .....

1. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi bekerja setiap pagi contohnya,  dikatakan mampu memberikan lebih masa hidup  5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium ini.

2. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai.  Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada kedua-dua pihak..

3. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2-3 kalori seminit dan meningkatkan kadar  metabolisma seseorang. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium) boleh membantu mengurangkan berat badan.

4. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, mengurangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon penyebab tekanan.

5. Aktiviti bercium menggunakan sekurang-kurangnya 30 otot wajah dan ini boleh mencegah pipi dari menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah yang dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah perut.


8. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan rasa sakit.


Perhatian plak untuk yang blum berkahwin :
sila SIMPAN DAHULU ilmu ini ye..
tunggu kawen, baru bleh amalkan, tau.
(takmo den tanggung dosa korang tu. erk!)

Post a Comment

transformed housewife said... October 27, 2010 at 10:55 PM

info yg menarik. lps ni kena cakap kat hubby pasal ni. hehe

firahadifa said... October 28, 2010 at 2:37 AM

wahhhh... yg panjang umur tu i likeee

f a i z a h 's said... October 28, 2010 at 8:03 AM

erk...segan! eheheh...ciuman mcm mana tuh?ciuman forehead ok kot...tp ciuman ala2 *tutt* segan lak...ehehe

AshAnas said... October 28, 2010 at 10:53 AM

haha, betul... yg blum kawen, simpan dulu ye ilmu ni...

Momma Mia said... October 29, 2010 at 6:40 AM

@ Kak Nur - cakap kat huby jangan tak cakap. Benda baik kan.

Momma Mia said... October 29, 2010 at 6:41 AM

@ Fid - heheh semua orang pun pasti like. banyak fadilat kissing tu ek

Momma Mia said... October 29, 2010 at 6:42 AM

@ Faizah - hehhe segan ker sis. maner2 kiss pun tak kisah ler, asal kiss. Yg penting ikhlas tuh.. heheh

Momma Mia said... October 29, 2010 at 6:43 AM

@ AshAnas - betul la tu kan shira.

 
Top