info taken from blog Ann... jom layan.
gambar from goggle
Fadhilat Bercium dari Perspektif Kesihatan
Ahli   perubatan mendapati bahwa bercium itu baik untuk kesihatan.....Bercium   itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok, tenang dan nikmat,  tapi ciuman juga dikatakan untuk melawan pelbagai penyakit. Keistimewaan dan kelebihan bercium :
- Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 degupan jantung seminit.
 
- Setelah berciuman, paru-paru akan bekerja lebih keras. Tarikan nafas selepas bercium adalah kira-kira 60 seminit (nafas normal hanya 20 kali seminit.) Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
 
- Sesetengah doktor gigi percaya, bahawa bercium dapat mencegah gigi daripada mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mananya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
 
- Proses ciuman yang berlaku melebihi 3 minit membantu seseorang menghadapi tekanan hidup atau melawan stress. Bercium dalam waktu yang lama boleh menghindari hormon penyebab tekanan atau stress.
 
lagi... 
kelebihan berciuman .....
1.   Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi  bekerja setiap pagi contohnya,  dikatakan mampu memberikan lebih masa  hidup  5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak  melakukan rutin  bercium ini. 
2.  Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai.  Ciuman akan  membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri  kepada kedua-dua pihak..
3. Ciuman  dapat membakar kalori sehingga 2-3 kalori seminit dan meningkatkan  kadar  metabolisma seseorang. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang  dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu  sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium) boleh membantu  mengurangkan berat badan.
4. Ciuman  yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan,  mengurangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga  mengurangkan rembesan hormon penyebab tekanan.
5.   Aktiviti bercium menggunakan sekurang-kurangnya 30 otot wajah dan ini  boleh mencegah pipi  dari menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa  ciuman ghairah yang dilakukan dikatakan mampu  membantu kulit menjadi  lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
6. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol.
7. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah perut.
8. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan rasa sakit.
Perhatian plak untuk yang blum berkahwin :
sila SIMPAN DAHULU ilmu ini ye..
tunggu kawen, baru bleh amalkan, tau.
(takmo den tanggung dosa korang tu. erk!)
tunggu kawen, baru bleh amalkan, tau.
(takmo den tanggung dosa korang tu. erk!)
 
Comments