Gerak gempur misi EBM utk memotivasikan diri diteruskan lagi... Semoga hari ini lebih baik dari semalam... jom kita berusaha sambil berdoa, berzikir!!! Percayakan  diri sendiri...insyaAllah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi  anda. Tiada ubat ajaib pun yang boleh membantu susu anda menjadi banyak  tanpa usaha lain... cipta demand dan supply ... susu akan meningkat insya  Allah...
" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram  sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah.  limpahkanlah kepada kami segala  yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"
Doa untuk menambahkan susu:
Ya  Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku  untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku  agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
  
Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
 Amin...

Maksud  ayat : 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya  diberi air untuk  kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan  tongkatmu”,  (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua  belas mata air  sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah  mengetahui  tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):  “Makanlah dan  minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu  merebakkan  bencana kerosakan di muka bumi”.
Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....
- Surah al-Hujurat
 - al-Kauthar
 - Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
 - Surah Yasin ayat 72-73
 - Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
 

Comments
eija nye susu badan x berapa byk la..
eija dh try pam..tp hasilnye adalah 1 auns jerk..sbb tu baby eija still kuning lg smpai hari ni..
tp alhamdullillah baby asik nak mengopek susu mama dia jerk w/pun mama dia rasa mcm x cukup..lagipun sebelah jerk..sebelah lagi puting x timbul..
info yang tidak ternilai dengan semahal-mahal barang.
mohon copy paste boleh tak?
@ etiey.com - sharing is caring kan... sesama kita gerak gempur!!!!
@ ummu sofea - W'salam dear...sila2 copy... jom kita beramal!!
Thanks. Saya memang suka motivasi begini! :)
Mohon izin copy untuk letak dlm blog ye. Utk persediaan penyusuan nanti....Thanks dear...