12
Alhamdulillah, hari ni genap 6 bulan momma berjaya menyusukan lil Dzakirah fully dengan air susu ibu. Syukur kerana target pertama momma seperti dientry EBM-Set & GO, untuk fully BF 6 bulan telah tercapai.

Pelbagai cabaran & rintangan sepanjang 6 bulan ni diharungi dengan jayanya. Thank you Allah kerana mempermudahkan segala urusan momma sepanjang 6 bulan nih walaupun banyak cabaraan & rintangan seperti...
  • Bulan puasa jatuh pada mid-Aug until early-Sept. Alhamdulillah milk supply maintain & takde penurunan. Alhamdulillah sesangat. Dengan izin Allah, mungkin juga  berkat persediaan bulan Puasa seperti di entry nih.
  • Jadual pumping seperti di entry ni semakin susah untuk konsisten selepas sebulan start kerja. Alhamdulillah... mungkin berkat pumping practice yang kerap semasa berpantang dan continue semasa sudah berkerja menjadikan susu momma meriah walaupun kekadang terbabas untuk pumping 3x di opis atau pumping during holiday & hujung minggu.
  • Momma tak berjaya untuk tendum nursing Damia sebab Damia takmo... cuma lately ni pandai lak dia mintak nak T*T** bila lil Dzakirah menyusu, but dia sekadar melekap and tak isap pun... tu pun dah cukup baik sebab bukan momma paksa tapi Damia yang mintak.  
  • Towards nak 6 bulan nih momma semakin lalai untuk pumping 3x dioffice sebab bebanan kerja yang URGENT & meeting selalu membataskan momma untuk mencuri masa... B selalu tak dipam lebih daripada 4 jam. Minggu nih jer hanya 1x jer dapat pump di office... sedih tau!!! This is a big NO-NO ye... JANGAN BIARKAN PAYUDARA ANDA TIDAK DI PUMP/PERAH LEBIH DR 3 JAM. Jika kite biasakan rutin sebegini, dlm jangka masa yg panjang akan menyebabkan susu kite berkurengan... (next target 1 tahun kene improve benda nih!!)


So untuk menjayakan Target 1 TAHUN breasfeeding momma perlu ...
  1. MINDSET - Pasang goal and target (seperti dlm entry nih)
  2. MINDSET - ATTITUDE... Make sure hanya POSITIF thinking in mind. Always bagitau diri Momma yang susu banyak and cukup untuk lil Dzakirah.
  3. DISIPLIN - Kena patuh jadual pumping. At least wajib 1x pumping pagi dirumah, 3x pumping di opis, 1x lagi di rumah lepas balik kerja...
  4. Supply VS demand concept - The more the demand, the more the supply. Kena sentiasa ingat benda nih. Kalo terbabas untuk pumping, wajib kene ganti sesi pumping tuh... no malas-malas.
  5. DRINK - Banyak kan minum air before and after breastfeed.
  6. EAT - Makanan buah + kurma (sempena musim haji nih nak kirim kat kawan yang gie la suh belikan, aci tak?)
  7. NO to STRESS -  Don’t stressing yourself out especially if hasil pumping not reach to your expectation.
  8. PRAY - keep on praying for Allah’s guidance. Amalkan DOA untuk breastfeeding especially semasa nak start sesi pumping atau menyusu direct lil Dzakirah.

    "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  9. SUPPORT - Get support from surrounding especially hubby, Damia, Nenek & others family, also from workmate especially boss. Amalkan pumping berjemaah di opis... at least boleh remind each other untuk pumping...
*
*
Kesimpulannnya...
Teras kejayaan penyusuan susu ibu adalah...
SEMANGAT, KEINGINAN si ibu... untuk berikan yang terbaik pada anaknya... 
ILMU pun kena ada supaya tahu fakta dan apa yang berlaku sepanjang penyusuan... 
KUMPULAN SOKONGAN... perlu untuk memberikan peransang yang berterusan... 
DOA jgn dilupa sebab kita berusaha... 
ALLAH yang menentukannya...
 - From Gema Alam -

Post a Comment

Cery said... October 1, 2010 at 10:50 AM

go girl... keep up the spirit

LeEyA said... October 1, 2010 at 10:56 AM

harap2 dpt buat mcm akak for the next baby in coming.. InsyaAllah.. doakan..

Pa'a Wawa said... October 1, 2010 at 11:06 AM

Salam...lil Dzakirah lahir 31/3 ke? exactly the same date as My Iman...hehhehe...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said... October 1, 2010 at 11:10 AM

alin...tahniah..
sy dulu pn cam tak caya je leh susukan anak sepenuhnya smapai umur 6 bulan..pastu sampai 1 tahun...wah. mmg tak percaya.
tapi itu semua terbayar dengan usaha gigih kita2 kan? bkn senang nak susukan anak sampai bertahun2 ni..kene usaha, doa & tawakal..yg penting teruss berusaha dan niattt tu penting...Allah sentiasa tolong org yg berniat baik..insyaAllah..

go BF!

**masih teringat saat2 n ketika susu merudum. berendam air mata sbb takut anak tak cukup susu..mmg penuh liku...

puterihannan said... October 1, 2010 at 12:15 PM

chaiyok! chaiyok! mama dzakirah... :D

Syahida said... October 1, 2010 at 1:51 PM

tahniah mama Dzakirah...breastfeeding hanya untuk ibu-ibu terpilih dan gigih. keep it up! :)

Ummi Salsabila said... October 1, 2010 at 11:31 PM

congrats sis! i love your spirit,your determination, your passion! salute to u..

to damia dan lil dzakirah,ur mom sgt gigih buat kalian.:)

Ammi Sara said... October 2, 2010 at 8:43 PM

congrats alin,
really salute supermoms like u who work n exclusively bf , its a challenge i know, keep it up k!

ummumishkah said... October 4, 2010 at 11:40 AM

tahniah sis..
samalah kita celebrate 6 months exclusive BF.. :P

AlongAzrina78 said... October 4, 2010 at 5:05 PM

Tahniah sebab dah lepas 6 bulan pertama.

emma said... October 4, 2010 at 5:17 PM

Tahnia momma mia.. teruskan usaha...

mamamiya said... April 20, 2011 at 1:57 PM

hai lin...

mintak share target yg lin bg tu ya...

nak tepek kat dtepi pc opis ni supaya ari2 leh tgk sbg pembakar semangat...

tq..

 
Top